Saturday 27 April 2013

Pluralisma Agama

Sila klik di sini untuk dengar ucapan Anwar di LSE, sambil membaca di bawah

Dalam banyak ucapannya, ucapan di London School of Economics sangat berbahaya dari sudut pluralisme agama dan saya ambik sebijik2 seperti di bawah.



Ucapan penuh Anwar boleh di akses di sini

Anwar quote dalam ucapannya seorang tokoh Pluralis Agama Jalaluddin Al Rumi yang berbunyi

Lampu-lampunya adalah berlainan, tetapi Cahaya itu adalah sama, ia datang dari Seberang Sana; Seandainya kamu terus menerus melihat pada lampu, kamu akan tersesat; kerana dari sana muncul pelbagai bilangan dan kemajmukan (plurality).

Kami beriman kepada Tuhan kami dan kami percaya kami benar, anda percaya kepada Tuhan anda, tetapi apa yang anda percaya adalah tidak benar.

Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu dan banyak lagi yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang lebih tinggi (higher truths) yang mengatasi amalan- amalan semata (mere practice) dan ibadat (ritual) semuanya terpusat atas kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Tuhan kita datang dan kepada Tuhan kita kembali. 

Penemuan semula terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.



Ini bukan tipu, boleh dengaq ucapan Anwar di sini sama seperti link first di atas.
Ucapan penuh Anwar di sini  http://newasiarepublic.com/?p=17060#
dan terjemahan bahasa melayu di sini http://www.anwaraidc.com/?p=3847




Kesimpulannya dia ni bawak ideologi yang sesat. Dia kata mereka yang kata hanya agama mereka paling betul dan bawa ketenangan abadi di akhirat telah meyebabkan pertumpahan darah. Ayat-ayat dia tu kata semua agama betul cara saja berbeza tapi matlamat sama.

Rakan-rakan ABIM Anwar pun mengkritik dan lawan kata-kata Anwar ni kerana membawa akidah yang sesat.TERCENGANG KAWAN.

Kritikan oleh Ustaz Ismail Mina Presiden Muafakat


 
Kritikan oleh Dr Yusri Muhammad bekas Presiden ABIM
 

Ni akidah tak sesat ka? Ada ka kata Islam tu sama level dengan agama Kristian, Buddha Hindu dll. Awat kira Nabi buat salah la dulu sebab pertahankan akidah umat, berperang demi menegakkan islam? Perang tu bukan salah satu jalan dakwah ka setelah didakwah secara berhikmah?

Cara dia ni bermaksud, kalau orang yahudi mai kat orang islam dan kata "hang rasa agama Islam yang hang anuti ni betul tak? ". Orang islam itu akan kata "agama hang betui jugak dan agama aku pun betui jugak, so hang kekal la dengan agama hang, aku kekal agama aku. Matlamat kita sama cuma cara saja berbeza".

Betul ke ni akidah islam sebenar ni macamtu. Kalau macam tu tak tersebar la agama islam, harini semua pakat sembah pokok lagi. Bunyi dia seperti sia-sia saja Nabi saw berdakwah dulu rupanya salah cara,kena sebut agama lain tu betul jugak, tak semesti islam saja betul.Ini la fikrah cara Anwar Ibrahim.

Ajaran ni salah sebab dia tidak tertegak dengan hujah. Sepatutnya kita kata agama Islam yang paling betul dan kemukakan hujah,bukannya suruh orang kekal dalam kesesatan. sapa dapat dakwah orang lain dulu dia dapat ahli paling banyak.sebab bila once dah masuk yahudi kira bagi dia agama yahudi yang paling betul.


JAKIM dah sahkan memang ada unsur pluralisme dalam ucapan Anwar dan memang sesat.
Jurucakap JAKIM berkata antara unsur-unsur itu adalah mempertikaikan ekslusiviti kebenaran yang hanya terdapat dalam agama Islam dan mengakui faham “The Transcendent Unity of Religions” melalui konsep universal sufism (satu kebenaran banyak jalan).

Selain itu, beliau berkata unsur lain termasuk konsep kesamarataan agama, menafikan konsep benar dan sesat serta terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi dan Kesatuan Metafizik.



Aku dah cakap orang ini berbahaya kalau jadi PM. Akidah dia problem. Bagi orang lain la yang akidah dia benar.


Demi sokongan bagi ucapan PLURALISME AGAMA pun boleh!!

Seterusnya, Anwar turut bawa liberalisme agama klik sini .

Kembali pada tajuk asal klik sini  

3 comments:

  1. Aku ada dengar cerita yang dia jadi imam kat Damansara. Imam semayang isyak. Dalam jemaah tu ada orang yang bukan melayu. Selesai solat adala saudara ni tanya kepada yg bukan Melayu tu.

    "You muslim?"
    "No, I'm not."

    Saudara ni pelik, eh kalau kau bukan muslim kenapa ikut jemaah. dia kata balik, tak salah...I pray to my own God. Lepaih tu si imamnya sendiri, Anwar Bin Ibrahim, backing si non Muslim tu. Dia kata semua tuhan sama, tak apa sembahyang bersama....macam tu la.

    ReplyDelete
  2. sester, mu ni kira sah tak da iman.. atau batal iman.. sebab org mukmin dia tak bawak crita2 macam ni. crita macam ni biasanya dri org yg sembah api atau sembah batu je..

    ReplyDelete
  3. untuk pemilik blog, analisis kamu tak boleh diguna pakai sehingga kamu sahkan dengan interview sekali lagi org yang engkau buat pertuduhan. kamu ni nampak macam ustaz tapi...malang sekali

    ReplyDelete