Tuesday, 30 April 2013

Luahan Hati Anak Dr Mazlan Kepada Rakyat Malaysia

Jika tidak mahu membaca surat di bawah sila ke entri seterusnya di sini bagi membaca artikel yang dirujuk anak Dr Mazlan. 


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi.


Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini. Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI.

Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat!

Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak. Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat. Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk  Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la"..
Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung.

Ni link blog kenapa kami tolak Anwar Ibrahim dan kenapa anda juga perlu tolak. Bukti turut disertakan. Khatam dulu baru balun aku dalam komen di bawah.

1. Anwar menentang keputusan Ulama Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura Ulama' PAS. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/anwar-ibrahim-lawan-keputusan-majlis.html

2. Anwar Ibrahim bawak pluralisme agama laitu Islam sama benar dengan agama lain. Bagi dia matlamat sama cuma jalan agama berbeza. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/pluralisma-agama.html

3. Anwar Ibrahim bawak liberalisme agama, laitu atas nama kebebasan bersuara, hina nabi pun tak apa, juga berkata sistem khilafah ni hanya tradisi pun tak pa, undang2 Islam ni hanya undang2 keluarga sahaja dan lain2. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/liberalisme-agama_27.html

4. Menerima anjuran program homoseksual sebagai salah satu perkara freedom of expression.    http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/membela-kaum-luth.html

5. Mengiktiraf negara haram Israel, bertentangan dengan fatwa ulama Malaysia dan dunia juga seperti Yusuf Qardhawi, Mustapha Mashoor, Wahbah Az Zuhaili dan lain-lain. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/mengiktiraf-negara-haram-israel.html

6. Menerima murtad sebagai perkara dibenarkan dalam negara atas nama freedom of religion.
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/menerima-murtad-sebagai-konsep-dalam.html

7. Membela Salman Rushdie penulis buku yang menghina Rasul saw, atas nama kebebasan bersuara.
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/terima-salman-rushdie-hina-islam-dalam.html

8. Merayakan upacara agama lain, melakukan perkara yang diharamkan dalam Islam. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/merayakan-upacara-agama-lain.html

9. Menipu seluruh rakyat lagi dan lagi dan lagi sehingga ke hari ini. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/kasihanilah-anwar-yang-teraniaya.html

10. Penutup. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/penutup.html

Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang. Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS, bukan bawa agenda Islam, bukan ada Majlis Syura, bukan dasar Islam pun.

Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.

Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar, itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim?

Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim, bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.

Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim, aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin, membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini.

Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita. Berlambak lagi yang layak, nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR, PAS, bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.

Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR, dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.

Takpayah cakap banyak. Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim. Jangan dok ambik personal. Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa, kami bukan lawan PAS..PAS jugak untung kalau Anwar takdak, boleh PAS jadi kuat dalam PR.

Ni aku nak habaq mai, hampa khatam blog yang aku sertakan itu, lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah!
Tak percaya lagi blog tu, pi jumpa ustaz-ustaz, bagi link blog tu suruh depa baca, dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar?

Satu lagi, yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la, buat video seks konon Mustafa Ali la, apa kaitan dengan Dr Mazlan?
Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir, tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu.

Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi. Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak. Buang la sifat taksub tu...

Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa, ya kita kesian kalau benda itu benar; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni. Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau. Awat kalau kesian kat dia, dia jadi layak memimpin?

Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita.

Ni orang yang fikrah Islam yang jelas, dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin. So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq, yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja, biaq kami kena maki.

Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya".

Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa. Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh, oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni, baik duduk diam2 kat Telekom, takdak caci maki. Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan.


Takpala... kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak judge kami di akhirat. Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu..
Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua, kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah.

Wallahua'lam.
Ahmad Uzair Mazlan
Anak Dr Mazlan

p/s: sila share beramai-ramai termasuklah kepada mana-mana ustaz jika tidak yakin. tq


Sila ke entry berikutnya di sini bagi membaca artikel yang dirujuk oleh anak Dr Mazlan......

Saturday, 27 April 2013

SILA KE ENTRY TERBARU

Kami telah membaiki blog ini dan meringkaskannya, sila ke entry ini http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/anwar-ibrahim-lawan-keputusan-majlis.html untuk entry pertama kenapa kita semua mesti tolak Anwar Ibrahim dari menjadi ahli parlimen Malaysia dan kami akan bawa anda secara berperingkat-peringkat supaya mudah difahami. 

Terima kasih.

Mengiktiraf negara haram Israel

Anwar sebutkan dalam temuramah bersama "Wall Street Journal" bahawa "I support the security of the state of Israel"

Link Wall Street Journal tu di sini

Punya ramai bantah kenyataan Anwar ini, lihat Tweet Nasruddin Tantawi Ketua Pemuda PAS.



Anwar dah sebut dia sokong segala usaha mantapkan keselamatan negara Israel. 

Ini diperkuatkan lagi dengan signature beliau dalam Anapolis Summit mengiktiraf 2 state solutions, laitu mengiktiraf wujudnya dua negara Israel dan Palestin.

Lihat bukti ini laitu bukti individu-individu yang menandatangani perjanjian Annapolis Summit. Link here


Tuan Guru Nik Aziz dah habaq, kita tidak terima sama sekali two-state-solutions, sama macam pendiran Malaysia dari dulu hingga sekarang,kerana negara Palestin tu dirampas secara kejam, penduduk Palestin dihalau! (Sebab itu passport kita tidak sah untuk ke negara Israel)


Isu krisis Palestin-Israel ni, ulama2 dunia termasuklah Ulama Malaysia, dan Ulama PAS sekali tidak bersetuju bahawa Negara Israel itu wujud, dan tiada two-state solutions (1-Negara Palestin 2-Negara Israel), kerana secara kejam Palestine telah dirampas dengan menghalau penduduk Palestine, namun Anwar Ibrahim telah tandatangan Perjanjian Annapolis Summit laitu mengiktiraf 2 state solutions, bertentangan juga dengan pendirian Ulama' dan Negara .

(passport kita sah kecuali untuk Israel sebab tidak diiktiraf.Mungkin lepas Anwar PM perkara ini akan dibatalkan?)
 
Akhbar Israel pun bagi laporan baikkkk punya pasal anwar tapi negatif pasal lawatan PM DS Najib ke Gaza.


Bila ramai dah kritik Anwar, dia mula cakap yang ucapan dia telah disalah tafsir. Betui ka? Betui ka Utusan dan TV3 salah tafsir? Jom dengaq debat Israel Palestin ni di Parlimen, betul atau tidak Anwar maksudkan kenyataan beliau itu.



Xpercaya lagi Anwar Ibrahim memang sokong Israel?
Bila Tuan Guru Nik Aziz suruh Anwar paksa Wall Street Journal (WSJ) tarik balik kenyataan sekiranya benar dia sebut sedemikian, dan saman WSJ jika depa silap lapor.

Apa jawapan Anwar?


Dia kata dia dah beri penjelasan pada Tuan Guru, dan hormat Tuan Guru kerana bersikap sopan santun dalam menegur, bukan macam Utusan salah lapor. 

Dia tak jawab soalan.Iktiraf ke tak iktiraf???? Memang dia iktiraf la maknanya.

Hampa mau ka pemimpin macam ni? Dia ni lawan habis keputusan Ulama Malaysia,Ulama sedunia!
Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebutkan Yusuf Al Qardhawi, Mujahid Abdullah Azam, Wahbah Zuhaili, Mustafa Mashoor dan lain2 menolak negara Palestin diberikan tanah seinci pun kepada Israel.

 
Mana mai berita Yusuf Qardhawi sokong Anwar Ibrahim ni?Yang pasti Anwar sendiri yang telah menyalahi fatwa beliau.

Hampa mau ka saham bila Ulama dah sebut haram iktiraf negara Israel, tapi tetap jugak hampa pilih Anwar, dia menang dan dia iktiraf negara Israel?????Nanti jawab la di akhirat dengan anak-anak Palestin yang dihalau dan dibunuh di kampung halaman tu.


Seterusnya, Anwar Ibrahim menerima murtad sebagai hak kebebasan beragama klik di sini

Kembali pada muka depan di sini

Penutup

Tuan-tuan, sebagai penutup, nilailah siapa Anwar Ibrahim ini. Ini soal menjaga akidah ummah, kesejahteraan ummah. Orang ini tidak boleh dijadikan pemimpin negara Malaysia.

Bagi lah kepimpinan negara, ahli dalam Parlimen Malaysia kepada yang lain pula. PM Najib Razak pun tidak menjual agama seperti Anwar Ibrahim. Kalau dari sudut Pakatan Rakyat, pimpinan PAS pun ramai lagi yang kita tau dah akhlak, dasar, berbanding PKR yang tidak langsung menyebut soal nak jaga Islam.

Kepimpinan negara mesti dikuasai mereka yang Islamik dan berintegriti, dan Anwar telah ada track record buruk penyalahgunaan kuasa ketika menjawat jawatan TPM, dan tidak pernah dibebaskan atas tuduhan itu..


Anwar Ibrahim hanya dibebaskan atas tuduhan liwat tu pun atas teknikal (link sini untuk maklumat) tapi tuduhan penyalahgunaan kuasa tidak pernah digugurkan walaupun rayuan telah dibawa ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Sebab itu walaupun dibebaskan pada 2004, Anwar tidak boleh join politik until 2008 kerana hukuman masih kekal dan dia bersalah.

Tak payahlah lantik orang ada track record buruk mcamni. Kita kata benda lama2 biaqla, dia dah insaf sekarang. Jawapan saya, dia tak pernah insaf. Kerana dia hari ini masih lagi buat apa saja demi kepentingan dirinya walaupun bertentangan dengan Islam, dan ini pun kerana masih ada golongan yang percaya dan dengar cakapnya.

Dengan ideologi yang sokong Israelnya, iktiraf homoseksual, menentang Majlis Fatwa dan Majlis Ulama, menerima murtad, pluralisme agama dan liberalisme agama, tak cukup lagi kah jawapan untuk menolak beliau dalam PRU 13 ni?

Ramai lagi orang yang lebih berkaliber dari beliau, rosak akidah ummat kalau Anwar dikekalkan dalam pemerintahan Malaysia, dan dalam PR hari demi hari parti yang didokongi ulama laitu PAS, semakin kurang kerusi yang ditandinginya, dari dulu hanya 1 kerusi PKR di Permatang Pauh sekarang depa bertanding kerusi lagi banyak dari PAS pun, sapa yang buat mcam ni kat PAS kalau bukan Anwar Ibrahim..

16 kerusi PKR di Pulau Pinang dan tinggal 7 saja yang PAS bertanding, pun depa nak rebut lagi 1 kerusi DUN Sungai Acheh tinggal 6 ja yang PAS punya??


Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan akan ditanyakan akan kepimpinan kamu di akhirat, undi yang diberikan bagi memilih pemimpin negara juga turut akan ditanya!



Undi Anwar, Muslim murtad hang jawab di akhirat!!

Undi Anwar, dasar negara LGBT hang jawab di akhirat!!

Undi Anwar, orang anut pluralisme agama hang jawab di akhirat!!

Undi Anwar, muslim jadi liberal hang jawab di akhirat!!

Undi Anwar, ada suratkhabar hina Nabi hang jawab di akhirat!!

Undi Anwar, anak Palestin yang dibunuh hangjawab di akhirat!!


Fikir-fikirkanlah..... Wallahua' lam

Kembali pada muka depan di sini

Kasihanilah Anwar yang teraniaya


Ya kita tau, Anwar Ibrahim didera, dipukul dihina. tapi benarkah dakwaan-dakwaan itu?kita pun cayaq habih bila dimain emosi didepan hadirin.
 
Beliau berkata dipukul sehingga cedera tulang belakang.Lihat video di bawah.

 

Dah berapa puluh kali dah main isu ni. Anwar tu xsakit belakang langsung xpayah nak tipu la. Tapi kita ni setiap kali dia pakai pendakap kepala kita akan percaya, again and again.

                        


Masa keluar dari penjara.Sedih sungguh, sebelum ke German nak terima rawatan, xleh brdiri pn naik kerusi roda dan dipapah azmin ali ,tak boleh jalan. Tapi yang hairannya, sampai saja di Munich untuk berubat, dah boleh berjalan dah. Kemudian dah boleh berjoging di Munich.

 
Anwar di Munich

Benda ni ada dalam youtube ja pun, cuma dah kita pakat2 xcari dan percaya saja Anwar bohong kita.
 
Dengan sakit belakang tu, dia boleh menari pulak tu di sana sini noh? Bila perlu sakit dia akan berlakon sakit, dan kita percaya again and again.
Dulu masa dalam penjara, mana yang kata Anwar diracun Arsenik oleh kerajaan,disuntik HIV dan lain-lain sampai Wan Azizah p menangis2 mintak Anwar dirawat?
Sekarang ni kadar Arsenik dalam badan dah baik ka? Dah jadi 0% ? Ini semua tipu belaka.

Ni link tahun 1999 pasal arsenik tu yg masih ada lagi pun!
http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/443447.stm
http://www.independent.co.uk/news/world/anwars-trial-is-halted-by-arsenic-claim-1117774.html

Saya tambah lagi, mana pulak yang kata berpuluh2 ahli parlimen BN yang nak lompat parti 16 September?? Kita percaya dan ditipu hidup2 lagi dan lagi!

Lihat web anwaraidc sini untuk ulasan dan bacaan lanjut berkenaan 16 September.



Bohong dalam isu ancaman bunuh
Semasa saiful bukhari buat laporan polis diliwat, Anwar terus lari ke kedutaan turki dan wan azizah merayu pada pak lah suruh jamin keselamatan sebab ada ancaman bunuh. 

Benar ke? Ini video lepas Anwar keluar dari kedutaan turki.

Dia kata ada ancaman bunuh. Mana dia hari ini orang nak bunuh dia? Dia pi melawat ke sana sini, menari di sana sini, xdak pun orang nak bunuh dia? Kita ditipu hidup2 lagi??

Dalam video tu dia kata ada bukti Gani Patail dan Musa Hassan komplot pekena beliau dengan bukti palsu.Mana dia bukti ??Fitnah!!

Lihat lah lagi gelagat Anwar Ibrahim yang berubah-ubah mengikut suasana.

 
Camana ni tuan-tuan??dah lama dah dia dok tipu kita....

Boleh percaya ka penipu jadi PM?? Apa jaminan dia tak tipu kita nanti........

Seterusnya ke penutup klik sini

Kembali ke muka depan di sini

Terima Salman Rushdie hina Islam dalam buku Satanic Verses

Sapa Salman Rushdie ini? Apa dia buat ?
Dia ni sampai orang cari nak bunuh dia, dan menyebabkan demo seluruh dunia kerana menghina Rasul saw di dalam bukunya The Satanic Verses.
Perkara sensitive dlm buku salman rushdie-
1. Salman menulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh Syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran
2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah
3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan. 

So jelas, buku ini menghina kekasih kita nabi Muhammad saw dan xperlu nak bela buku ni lagi.Budak tadika pun tau kalau kata isteri nabi buka pusat pelacuran tu makna hina dahsyat punya terhadap baginda.

Bila jumpa golongan liberal, bercakap pula menyokong Salman Rushdie yang liberal ini.

Tambahan lagi, kata Anwar di dalam majalah ASIAWEEK dalam temubual dengan wartawan Roger Mitton dan tersiar pada 11 November 1993, Anwar berkata:
“Saya telah membaca The Satanic Verses. Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya(a profound writer). Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR, orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang
dianggap sensitif”. 


Takkan la kebebasan berfikir sampai boleh hina nabi Muhammad kot, u all tanya la ustaz-ustaz boleh tak bela penulis buku hina nabi, tapi jangan sebut dulu Anwar Ibrahim yang bela, kalau dia taksub Anwar dia pun bela Anwar.

Nah Ustaz Ridhuan Mohd Nor Ketua Penerangan Pemuda PAS, pun berdemo menentang penghinaan jelas terhadap baginda kesayangan kita ini, tapi Anwar nak tunggu dulu,tunggu mahkamah sabitkan dulu......



Tahun lepas IndiaTodayConclave jemput Anwar dan Salman Rushdie untuk beri ucapan.
Seorang panelis Imran Khan telah memboikot program tersebut dan dikatakan bacul oleh Salman Rushdie.


Tapi orang di bawah ini konon mengambil hati dan sentiment rakyat Malaysia yang cintakan ketenangan agama, walaupun kita tahu pendiriannya bukan itu, buat tweet kononnya dia takkan hadir ke acara itu kerana membantah kehadiran Salman Rushdie?


Tapi tiba harinya, tup tup dia hilang sebentar, lama kemudian terbongkar lah cerita dia pi jugak program tu, dia muhong semua orang kata dia tak pi.

Salman Rushdie pada program itu.
Your Excellency Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bangkai gajah mana boleh ditutup dengan nyiru bang. Depa cari habis gambaq Anwar masa program tu dan akhirnya jumpa jugak. tak percaya lagi? Nah video Anwar hadir ke program itu.



Video Salman Rushdie pulak

 


Boleh percaya ka orang macamni tuan2? Dia tipu hidup2 rakyat, dia terima orang hina nabi atas kebebasan bersuara. Sampai takat mana kebebasan bersuara sampai boleh hina nabi ni?
  
Ini link India Conclave today yang mengatakan Anwar hadir pada program tersebut 


Seterusnya demi undi sanggup merayakan upacara agama. Islam bagi ka buat macam tu??Klik di sini.

Kembali pada muka depan di sini.  
 

Merayakan upacara agama lain

Boleh ka Muslim rayakan pesta agama ni tuan2?
Terang terang lagi HARAM, tak boleh merayakan perayaan agama lain, kalau perayaan tradition lain, tapi ini perayaan AGAMA.
 
Demi undi dia boleh buat semua. Siap bubuh calit lagi dekat kepala, boleh ke perbuatan itu?






Siap boleh pakai calit lagi tu..Astaghfirullahal 'azim






Pesta agama Hindu laitu perayaan Ponggal pun dia rai.





Tudia belarak dalam laluan api tuh. Macam tokong dah aku tengok..
yang diatas ni xbleh blah dia tunduk pada mayat Beng Hock. 
 
Menghormati manusia, boleh. Nabi Muhamad SAW pernah berdiri apabila mayat orang Yahudi diusung..tetapi cukup dengan berdiri sahaja,”kata seorang ustaz.

Perbuatan lain selain berdiri merupakan perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW, yakni jika dilakukan juga perkara-perkara bidaah itu dibimbangi akan membawa kepada kekufuran.

Ini tunduk 3 kali pada mayat ni apa cerita ni?? 

Inilah dia Anwar bin Ibrahim, demi undi sembah mayat pun boleh……
Undi non malays aku dapat undi ustaz2 pun aku dapat pasal depa tetap dengaq cakap aku no matter what….
 
Di bawah ini pulak, dalam tempoh sehari sahaja boleh bertukar wajah siang dan malam, 29 Jun 2012... cuma tempatnya sahaja yang berbeza iaitu Surau Ikhwan Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Mini Stadium Keladi, Kulim dan Taman MPSPK, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.
 
 
Maghribnya memberi tazkirah dan malamnya menari di Taman Ria Kedah. Dah cara tu pun orang tetap percaya...Undi ustaz2 aku dapat undi india Taman Ria pun aku dapat........

Sudah2 la tu tuan2 kalau pun ya tak suka pada BN..
Mau ka undi orang yang sanggup buat apa saja walaupun benda syirik?? 
Aku tak tau tara mana lagi dia boleh buat lepasni..

Seterusnya beliau sudah menipu banyak sangat dan masih ada lagi yang percaya beliau klik di sini 

Kembali pada muka depan di sini 

Menerima murtad sebagai konsep dalam kebebasan beragama

Again, nak ambik hati golongan mana xtau, menerima pulak murtad boleh.  
Sila tonton interview Anwar dengan BBC ini.

Apa lagi yang nak bermain kata-kata, Anwar sepatutnya quote saja,kata dah Mahkamah Tinggi decide Lina Joy tak boleh murtad, maka dia tak boleh murtad la. Cukup la tu. Yang nak kata mahkamah salah dan Lina Joy betul, bela tindakan murtad ni atas nama kebebasan beragama ni pasaipa. 

Dia kata Suruh Lina Joy ambik prosedur tukar agama? Nampaknya ini murtad cara baru punya jenis pakai official document.

Ramai kawan2 Anwar yang marah dan kritik beliau isu Lina Joy ni, mari kita lihat video rakaman tertutup Anwar dan rakan2 ABIM berkenaan isu ini.


Dan Dr Yusri bekas presiden Abim telah pun meninggalkan Anwar sebab Anwar bela kes pemurtadan Lina Joy ini !



Tapi apa Anwar Ibrahim sebutkan itu memang selari pun dengan apa anak dia Nurul Izzah sebut, bahawa hak untuk menukar agama sepatutnya dipakai sama adil sama rata, termasuk kepada Melayu sekalipun! Lihat video di bawah.



Astaghfirullahal 'azim!

Tuan-tuan, takkan sampai macam ni kot nak dapat Putrajaya. Jual habis agama.

Takkan perkara benarkan murtad tak leh jadi sebab nak tolak Anwar kot. Perkara ni tak perlu ijtihad mana2 mesyuarat Ulama atau Majlis Syura dah. HARAM!
Saidina Abu Bakar pertama sekali buat bila jadi khalifah dia perang golongan murtad.  Hari ini kita nak undi golongan yang benarkan murtad??

Kalau dia menang dan murtad dibenarkan, agak2 tuan2 dapat saham tak? Jangan jawab sama aku lu jawab sama tuhan la.

Seterusnya, Anwar Ibrahim turut membela Salman Rushdie yang menghina Islam dalam bukunya The Satanic Verses klik di sini.

Kembali pada tajuk asal di sini 

Membela kaum Luth?

Lihat video di bawah ketika mana Anwar dibebaskan dari tuduhan Liwat II dan ditemuramah BBC.

 

Lihatlah, beliau menyatakan bahawa sungguh pun mereka tidak menyokong homoseksual (bermadah pujangga lagi), namun undang2 lapuk sebegitu harus diteliti semula dalam negara.

Ni apa dia nak cakap sebenaqnya ni? Bahaya sungguh la mamat ni.

Dulu meletup sekali kumpulan geng seksualiti merdeka nak buat program besar besaran di KL. Sampai sekarang link website depa ada laitu http://www.seksualitimerdeka.org/2012/10/transgender-people-have-rights-too.html.

Orang ramai pakat bantah tapi Anwar jawab apa?

Anwar bela hak golongan ni dengan mengatakan, link here http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/anwar-backs-seksualiti-merdekas-right-to-expression
“The issue here is not whether to support or not to support. The issue is you attack them. That’s something else. Can’t we talk about things in this country?” he told reporters in the Parliament lobby here today.


Atas nama freedom of expression, beliau menyifatkan ia medan perbincangan yang baik untuk golongan ini.


  
Ni nak justify macamana lagi? Mereka tu dahla buat program terbuka, nak mintak kerajaan bagi hak kepada golongan mereka, hak yang sama dengan yang berkehidupan normal? 

Mereka nak ianya diterima sebagai gaya hidup dalam masyarakat, sebagai norma kehidupan.
Boleh terima ka kita budaya masyarakat yang macamni? Perkara ini haram, kerana ia tidak boleh dijadikan gaya hidup masyarakat, sepertimana haram berbogel di khalayak menjadi norma masyarakat.











Dr Asri pun marah sungguh. Anwar suruh tanya Ambiga pasaipa, tanya Anwar la dah dia kata tu medan perbincangan..
Kalau mereka golongan ini nak salurkan pendapat mereka, tu cerita lain dan ada saluran lain.
Kalau mereka buat atas kapasiti individu juga cerita lain dan atas kapasiti satu group pun cerita lain. Yang pasti ialah penerimaan kita sebagai gaya hidup songsang adalah haram sama sekali.


Ustaz Nasruddin dari PAS pun menegur Anwar Ibrahim.


Sebab tu aku kata menolak Anwar ibrahim ni isu akidah.bukan isu bodoh bodoh. Dia bawak ideologi2 pelik macam ni jadi dasar negara, polisi negara sekiranya menjadi pemimpin, ha mampoih ummat Islam.

 Sapa yang pilih dia,undi dia, hampa semua dapat la saham masing masing.






Gaya hidup songsang yang diterima di Barat. Mau perkara sebegini dijayakan di Malaysia undilah Anwar Ibrahim.

Seterusnya Anwar Ibrahim mengiktiraf negara haram Israel klik sini

Kembali semula ke muka depan di sini

Anwar Ibrahim lawan keputusan Majlis Syura PAS dan Majlis Fatwa kalimah Allah ke Bible Melayu

Walaupun Majlis Syura dah decide kata tak boleh Kalimah Allah nak bagi ke dalam Bible Melayu, dia tetap nak bagi jugak.


Di bawah ialah kenyataan rasmi terbaru Majlis Syura Ulama PAS dalam isu kalimah Allah.

Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Haron Din, Haron Taib, Nik Aziz, Ustaz Khairuddin dan lain-lain ahli Majlis Syura Ulama PAS sepakat menolak Kalimah Allah ditafsir kedalam Bible Melayu.

Tapi apa alasan Anwar nak bagi jugak kalimah Allah ni kedalam Bible Melayu.Lihat video di bawah.

.

Jawapan aku ialah? So what? Bagi aku,  ulama tempatan lebih memahami waqi' semasa, situasi semasa negara kita walaupun ulama dunia membenarkan. Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura PAS tau la yang mana lebih baik untuk negara kita.

Juga, sejak bila pulak parti PKR ni ada Majlis Syura ?Sejak bila dasar depa memartabat islam ni? Setahu aku dalam PR PAS sahaja ada majlis syura ulama, parti PKR non muslim pun boleh jadi pimpinan.

Dah takdak majlis syura buat cara takdak la, dengaq la keputusan Majlis Syura PAS, Majlis Fatwa.......

Jom kita dengaq ceramah ustaz2 lain pasal kenapa mereka tak benarkan kalimah Allah diberi kepada bible melayu, hampa nilai la mana lebih meyakinkan.

Ustaz Kazim Elias.

 

Ustaz Taeeb Azzamuddeen pulak




Dan apa jawapan Anwar dan Azmin Ali kepada pendirian Majlis Syura PAS yang terbaru itu?








 
Banyak pulak alasan depa. Itu semua alasan teknikal. Awat kalau Tuan Guru Haji Hadi xbawak ke mesyuarat presiden keputusan Majlis Syura tu jadi salah?
Azmin pulak kata Majlis Syura hanya untuk ahli PAS. Majlis Fatwa bukan untuk semua rakyat Malaysia ka? Kalau ya maka Azmin Ali pun termasuk la kena terima fatwa tersebut!

Persoalan patut bagi atau tidak kalimah Allah pada bible Melayu bukan persoalannya, persoalan yang lebih penting ialah dia menentang pendirian ulama...

Kita tak dak ilmu so kita dengaq cakap ulama dah la....

Aku tengok depa ni memang saja xmau pakai keputusan majlis syura, sebab tak menguntungkan depa. tak dapat undi semua orang. Depa rasa depa lagi pandai dari Majlis Syura Ulama Pas dan Majlis Fatwa. Kira selama ni bukannya depa hormat sangat pun,kalau betul respect depa akan terima la keputusan tu. Rasanya selama ni depa perguna ja pimpinan nak dapatkan sokongan ahli PAS.

Persoalan lagi penting ialah, Anwar Ibrahim langsung tak ambik kira pandangan ulama dalam dijadikan dasar atau polisi diri dia. Dia pilih yang mana bagi untung pada dia saja.Boleh ke dia dilantik jadi pemimpin? Apa jaminan dia buat keputusan tidak bercanggah dengan ulama, bilamana hari ini keputusan Ulama pun dia tak peduli?

Tolak orang yang membelakangkan Ulama!
Bagi la pimpinan PAS dalam Pakatan Rakyat yang lagi banyak ulama dan paham agama memimpin PR, bukannya mereka yang tiada dasar islam,tiada ulama dalam parti depa,tiada majlis syura, dan ambik keputusan ulama hanya apabila menguntungkan depa sahaj.


Mungkin depa lagi dengaq cakap Karpal Singh kot.



Anwar Ibrahim lawan Tuan Guru Nik Aziz Mursyidul Am PAS!!
Anwar Ibrahim lawan Tuan Guru Haron Din Timbalan Mursyidul Am PAS!!
Anwar Ibrahim lawan Tuan Guru Haji Hadi Presiden PAS!!
Anda undi Anwar Ibrahim, anda lawan Ulama'!

Seterusnya, Anwar Ibrahim membawa pluralisme agama klik sini .

Kembali pada tajuk depan klik sini